Monday 2 April 2012

Tentang "Kisah silam"

Malam tadi susah nak lelap, anak-anak semua dah selamat berlayar. Ambil handphone (HP) dan view gambar-gambar yang ada dalam HP. Ada satu video pada tahun 2007. Anak sulung (1thn 10 bln) dan new baby (1 bln). Dalam video si kakak menangis, mungkin kerana saya sibuk sedang merakam aksi si adik. Saya rasa sedih bila mengenangkan perasaan anak sulung saya ketika itu kerana saya langsung tidak memujuknya. Mesti dia rasa sedih kerana saya banyak menumpukan  masa terhadap adiknya.

Menyesal? Memang ada, tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Jadi saya berdoa pada Yang Maha Mengasihani dan Maha Adil, agar saya diberi perasaan kasih yang dapat dizahirkan serta adil dalam menyayangi anak-anak sa'at ini sehingga akhir hayat saya.

Tipikal ibu bapa, memang akan mengutamakan sikecil dari anak sebelumnya, padahal mereka juga memerlukan perhatian yang sama rata dari kita sebenarnya,

Ya Allah, zahirkan lah kasih sayangku terhadap anak-anak ku seadilnya seperti mana luasnya kasih sayang MU terhadap ku tanpa sempadan. Tak lupa juga kasih sayangku untuk "My other half".

Ibu sayang pada semua anak-anak. Ma'af kan Ibu, dek kelemahan Ibu dalam menzahirkan kasih sayang Ibu pada kamu semua; kakak, abang dan adik kembar.

 Amin.Amin.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

-TammaT

No comments:

Post a Comment