Friday 20 April 2012

Tentang "Syukur"

Alhamdulillah...

Selepas insiden gaji buta, hari-hari mendatang, masa bekerja dipenuhi dengan penuh kualiti.

Catitan disini sebagai muhasabah diri pada masa-masa yang menuju ke arah Gaji Buta.

Apakah??? ayat.

Semalam merasa menjadi seperti penceramah tak bertauliah di Shangri- La.

Alhamdulillah, berjalan lancar dan harapan semuga audien berpuas hati.

Jangan lupa nombor talian panas kami ya?

Kami di sini sedia membantu. Insya Allah.

Senyum pada yang membaca. Bukankah senyum adalah sedeqah yang paling mudah.

:-)


TAMMAT

Thursday 12 April 2012

Tentang "Gaji Buta"

Sesungguhnya hari ini saya mempraktikkan perkara di atas. Huwaaa.... sangat tidak produktif. Kenapalah ek, lepas cuti mesti mood nak kerja tu sangalah nan adooo.

Harapnya esok, berkatlah masa kerja....

tAmAt

Tentang "Tetamu"

Sejak Isnin, rumah didatangi tetamu dari sedara belah emak. Semuanya nak meraikan dan menghantar abah, mak, pak wo, Pali, Wak inem dan Wak Kimi pergi menjadi tetamu Allah (umrah). Agak mencabar kerana terus masuk Mekah dek kerana ketiadaan hotel di Madinah. Sekarang ni cuti sekolah negara Arab, tu yang penuh somo hotel2 di sana.

Pagi ini, tetamu terakhir pulang, huhu.. bukan sesiapa pun adik2 saya yang bujang itu. Penat tapi puas kerana dapat juga lah menjamu tetamu dengan makanan masakan sendiri. Terima kasih kepada tetamu tetamu semua kerana sudi bertandang ke rumah untuk bermalam.

tAmaT

Friday 6 April 2012

Tentang "Mesyuarat"

Mesyuarat yang terlalu lama memang meletihkan. 3 hari berturut turut mesyuarat di KL. Haih! Walaupun tiada peluh setitik pun keluar tetapi penatnya seperti berenang sejauh 600 meter. Ops sebut pasal berenang, saya dah pandai berenang gaya "breast stroke".

Saya tertanya tanya, mesyuarat selepas waktu pejabat, bolehkah dapat hasilnya?  Bagi yang dah berkeluarga terutamanya wanita seperti saya, memang tidak sepenuh hati ketika berada dalam mesyuarat tersebut. Hanya badan berada dalam bilik mesyuarat, tapi fikiran dah sampai ke rumah.

Pada pendapat saya, tempoh maksima untuk mesyuarat adalah 3 jam. Untuk merealisasikan bagi mencapai tempoh tersebut, pastikan agenda ada. Pabila tiada agenda tu yang dok melalut ke sana sini. Lagi satu, mesyuarat diadakan adalah untuk cari penyelesaian dan persefahaman semua yang terlibat, bukannya untuk menyalahkan orang lain.

Insya Allah, saya akan cuba pastikan agar setiap mesyuarat yang saya hadir ada hasilnya, tak banyak tetapi tetap ada hasil.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Semoga setiap apa yang dilakukan hanyalah untuk mencari redha Mu Ya Allah. Amin.


Kasihan pada anak-anak, hanya 2 hari seminggu mereka berada sepenuh masa dengan saya. Itupun, kebanyakkan masa, saya seperti Monster.. sedih.

tAmat




Wednesday 4 April 2012

Tentang "Menegur"

Saya paling tak suka buat perkara yang satu ini. Mungkin sebab kerana memikirkan apakah maklumbalas atau perasaan orang yang ditegur itu. Tetapi ini lah tanggungjawab seorang ketua. Nak tak nak kena lah buat juga walau pun tak suka, demi untuk kebaikkan anak buah kita juga.

Jadi, kita tegur secara halus dulu.. tak jalan, secara bertulis..tak jalan juga terpaksalah berkonfrontasi..arghh tak suka tak suka tak suka.....

Ya Allah permudahkan lah segalanya, Amin. Semuga tiada benci antara kami rakan sekerja.

TamAt


Tuesday 3 April 2012

Tentang "Nafsu"

91.5 fm, memang selalu dengar IKIM untuk santapan rohani dalam perjalanan pulang dari pejabat.

Antara yang sempat didengari, bagaimana kita nak kawal nafsu. Kata Ustaz (terlupa namanya), "Nafsu tidak boleh dimatikan kerana ia adalah sebahagian dari diri kita. Tetapi nafsu boleh dijinakkan".

Haa.. bagaimana nak jinakkan nafsu yang seperti kuda liar?

Pertama: Kena kurangkan makanan nya, seperti elakkan makan secara berlebihan. Jadi, lama2 tak dapat makanan, nafsu akan jadi penat.
Kedua : Beri bebanan pada nafsu, seperti baca Al-Qur'an, berzikir istighfar pada Allah. Lama-lama nafsu akan bertambah penat. Dah lah tak dapat makan, ditambah lagi bebanan padanya.
Ketiga : Eh ada ke? Ish.

Ma'af lah memori saya ni prestasinya agak tak berapa bagus sejak kebelakangan ini. Nak menulis,, siapa pula nak pegang stereng huhu...

Sambung lagi.. Sekiranya perkara-perkara diatas dapat dilakukan secara istiqomah, insya Allah nafsu akan menjadi baik, seperti mana kuda liar yang telah dijinakkan.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan pesan pada kesabaran.

TaMat

Monday 2 April 2012

Tentang "Kisah silam"

Malam tadi susah nak lelap, anak-anak semua dah selamat berlayar. Ambil handphone (HP) dan view gambar-gambar yang ada dalam HP. Ada satu video pada tahun 2007. Anak sulung (1thn 10 bln) dan new baby (1 bln). Dalam video si kakak menangis, mungkin kerana saya sibuk sedang merakam aksi si adik. Saya rasa sedih bila mengenangkan perasaan anak sulung saya ketika itu kerana saya langsung tidak memujuknya. Mesti dia rasa sedih kerana saya banyak menumpukan  masa terhadap adiknya.

Menyesal? Memang ada, tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Jadi saya berdoa pada Yang Maha Mengasihani dan Maha Adil, agar saya diberi perasaan kasih yang dapat dizahirkan serta adil dalam menyayangi anak-anak sa'at ini sehingga akhir hayat saya.

Tipikal ibu bapa, memang akan mengutamakan sikecil dari anak sebelumnya, padahal mereka juga memerlukan perhatian yang sama rata dari kita sebenarnya,

Ya Allah, zahirkan lah kasih sayangku terhadap anak-anak ku seadilnya seperti mana luasnya kasih sayang MU terhadap ku tanpa sempadan. Tak lupa juga kasih sayangku untuk "My other half".

Ibu sayang pada semua anak-anak. Ma'af kan Ibu, dek kelemahan Ibu dalam menzahirkan kasih sayang Ibu pada kamu semua; kakak, abang dan adik kembar.

 Amin.Amin.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

-TammaT