Tuesday 25 September 2012

Tentang 'Perubahan'


Salam Sejahtera...

Gambate..

Susahnya nak buat perubahan. Sentiasa berperang dengan makhluk dari api dan musuh dalam diri.

Kenapa sentiasa kita menafikan yang kita tidak tahu bagaimana cara untuk melakukan, padahal sebenarnya kita tahu caranya. Hmmm.

Kata-kata untuk dikongsi, dari IKIM petang semalam :

"Orang yang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan tetapi tidak berjaya, adalah lebih baik dari orang yang langsung tidak berusaha untuk berubah ke arah kebaikan".

tammaT

Tuesday 18 September 2012

Friday 8 June 2012

Tentang "Moral 2:Bermusafir ke Bumi Chine"

Cara pemakanan mereka yang sihat. Banyak sayur, kurang berlemak. Minum hanya teh panas atau air kosong.

Saya tak jumpa orang yang obes disana melainkan dari pengunjung-pengunjung termasuk kumpulan kami ini.

Kena praktikkan cara diet pemakanan merekta...

chaiyOk chaiYok

tammat

Tentang "Buntu"

Saya buntu untuk mengolah ayat bagi minit mesyuarat dan maklumbalas Bilangan 5 PMD-Operasi.
Sukarnya...
Idea...mari ke mari kamu.

tamMAT


Monday 4 June 2012

Tentang "Pulang dari bermusafir"

Beijing, China...(moral 1 : musafir)

Ada beberapa perkara yang terkesan dalam hati. Warga China yang telah berkahwin hanya dibenarkan mempunyai 2 orang anak. Sekiranya ada anak ke-3 dan seterusnya, denda akan dikenakan pada keluarga tersebut. Oleh demikian itu, mereka sangat menatang anak mereka bagai minyak yang penuh. Melayan setiap ragam anak mereka dengan penuh kesabaran.

Dari pemerhatian saya, mereka sangat alergi kepada tangisan anak-anak. Kadang-kadang saya terpaksa membiarkan anak saya menangis seketika (meragam) yang mana mereka merasa pelik dengan keaadaan ini.Bagi yang masih bujang (jurujual di kedai2), apabila anak saya menjerit, mereka menutup telinga mereka. Agaknya mereka ni tak pernah dengar anak yang sedang 'tantrum'. Mereka tertanya kenapa saya membiarkan anak saya menangis tanpa memujuknya. Bukan saya tak memujuknya, tetapi dek kerana anak saya masih menangis, jadi dibiarkan dulu untuk kumpul semula kesabaran yang semakin hilang. Kalau tak ada je peha gebu yang kena cubit..huhu..Biasalah anak sorang dua, boleh lah layan/manjakan berbanding kita yang anak ramai. Walau apa pun alasannya, saya akan cuba mengubah cara layanan kepada anak-anak saya. Tambahan pula, terdengar satu segmen dalam IKIM cara2 mendidik anak mengikut umur :

0-7 tahun : Kita mesti sentiasa bergurau dan bermain dengan anak-anak sehingga mereka merasakan kita benar2 sayang pada mereka.

7-14 tahun : Masa ini, adalah masa untuk mendisiplin kan anak-anak. Tetapi jangan sampai hukuman melebihi ganjaran. Pabila mereka buat salah, kita marah2 tetapi pabila mereka menurut peraturan yang ditetapkan, kita hanya mendiamkan diri. Tidak memuji dan memberi kata-kata sokongan supaya perkara baik ini diteruskan. Tak faham? buat-buatlah faham ya. :D

14-21 tahun : Masa ini kita perlu melayan anak-anak seperti kawan/teman. Bersedia mendengar masalah dan cuba menghormati pendirianya.

Dan saya, sangat susah untuk menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak. Saya rasa seperti ralat untuk memeluk dan mencium anak saya , si kakak (7 tahun) dan si abang (5 tahun). Tetapi tidak kepada anak kembar saya yang berumur 2 tahun. Kenapa eh?

"Ya Allah, Kau lembutkan lah hati ku ketika mendidik anak-anak ku dan Kau zahirkan lah kasih sayang ku terhadap anak-anak ku."

Dan Ya, saya merasa kagum kerana 'MIL' , masih memeluk dan mecium anak-anaknya termasuk suami saya lah.. Apatah lagi terhadap anak-anak saya, cucunya. Beliau sering bergurau, bergelak ketawa serta memeluk mereka yang mana saya sangat tidak reti untuk melakukannya.

Pergh panjang sudah coretan ni.. cukup sudah..

TammaT




Monday 14 May 2012

Tentang " "

Kenapa kosong? Saya tidak terfikir apakah tajuk yang sesuai untuk diletakkan. Cuma saya kerap tertanya tanya pada diri sendiri kenapa apabila kita bercakap atau meletakkan target pada sesuatu, lagi sukar untuk merealisasikan nya.

Contoh:

1.Selepas subuh, nak berusaha untuk mengemas rumah, tentulah pada waktu hujung minggu. Masalahnya, bukan setakat tak kemas rumah, malahan lepas solat tidur semula. Jadi semakin teruk bukan?

2.Setkan minda, untuk kurangkan bercakap. Merujuk kepada post saya Tentang "Merungut = Komplen". Yang peliknya, saya perasan bahawa lagi banyak komplen dan keluh kesah yang berlaku.

Tak pasti adakah perasaan saya atau bukan, tetapi seperti saya lagi kuat diduga atau adakah makhluk yang diperbuat dari api itu bekerja keras supaya cita-cita murni atau perkara-perkara yang berniat baik tidak akan terlaksana.

Jika begitu, saya perlu satu perisai agar dapat menepis bisikan-bisikan dari makhluk ini dan juga nafsu hati yang menyebabkan kita menjadi lebih tidak baik dari hari semalam.

TammaT

Tentang "Unsupported Language"

Tetapi bahasa Indonesia, ada "support". Hmmm agak-agaknya, Bahasa Melayu akan tersenarai ke dalam senarai bahasa antarabangsa seperti Indonesia.

Tetapi kenapa bahasa Indonesia boleh tersenarai ya?

Mari kita fikir-fikir kan.

TamMat

Thursday 10 May 2012

Tentang "Online"

Online Internet banking memang memudahkan..bahananya duit dalam akaun pun keluar sangatlah mudah juga...

Semua main klik klik dan klik, dah selamat duit.

3 baucer telah dibeli secara online, harapnya memang berbaloi baloi lah...

Gold Coast Morib...sudah termasuk dalam kalendar bermusafir, Julai.

Eh! Tak cukup 90 km pun, mana boleh jadi musafir daaa.


Saya teruja nak ke sini kerana ini :

 

Sekarang tengah sakan tawaran pakej ke GC Morib ni. 
Saya beli satu di sini :Street Deal, 2 beli di sini : Everyday.com. Berminat? Segeralah sebelum habis tempoh promosi.

URL rasmi : http://gcr.com.my

"Pengalaman mendewasakan fikiran" 

TAMmat

Wednesday 9 May 2012

Tentang "Hati"

Hati...Kalbu...maksudnya berbolak balik. Hati selalu cepat benor berubah. Kejap rasa macam tu..kejap rasa macam tu.

"Ya Allah, tetapkan lah hatiku dengan keyakinan yang benar dan jangan lah hatiku berbolak balik terutama dalam perkara yang baik-baik"

Amin.

"Hati tempat jatuhnya pandangan Allah"...
"Tapi hati, bila dikotori bisikan nya bukan lagi kebenaran"
"Utamakan lah pandangan Allah, daripada pandangan manusia"

Peringatan untuk diri dan yang membaca..


taMMat

Tuesday 8 May 2012

Tentang "Lurus a.k.a Bendul"

Ya...kadang-kadang saya boleh jadi lurus bendul/naif dan sewaktu dengannya.

Ma'afkan sekiranya tetiba saya menjadi seperti ini.

hu hu hu...

tammat

Tentang "Merungut = Komplen"

Ya, saya sedang mencuba untuk mengurangkan merungut sebaliknya berusaha untuk melakukannya sebaik mungkin.

Maknanya kena kurang membebel itu ini bla blu bli....

Ke arah "Diam-diam ubi berisi"yang mana pendekatan seperti ini memang lambat untuk dikenali orang atau bila masa penilaian bukan menjadi "favourite staff".

Tida mengapa.. kerana kita kena ingat, segala apa yang kita buat di dunia ini hanyalah kerana Allah, demi mencari redha-Nya.

Bak kata seperti yang saya pernah baca "Kejar akhirat, dunia kejar kita" Insya Allah". Amin.

Hmm ..cakap memang mudah, nak laksanakan. Bersungguhlah...

Chaiyok chaiyok...

TAMMAT

Thursday 3 May 2012

Tentang "Bermusafir"

 

Insya Allah, saya sekeluarga akan bermusafir ke bumi China cuti sekolah akan datang ini. Saya mula belajar menggunakan perkataan bermusafir dari bercuti kerana ia memberikan impak yang lebih jitu kepada kita. Faham ke? Saya pun tak faham... huhu. 

Tetapi pabila kita berada dalam keadaan musafir, doa kita akan diterima, Insya Allah. Ya sudah pasti nawaitu musafir itu tidak lain, hanyalah untuk mencari keredhaan Allah. Dalam pada kita melihat kebesaran Allah dan cantiknya permandangan ciptaan Allah, di bumi China moga tidak dilalaikan agar tidak lupa untuk sentiasa mengucapkan syukur dan zikir. Segala yang kita lakukan insya Allah dipermudahkan.

Jadi..perkara pertama yang mesti dilakukan sebelum keluar rumah kelak, solat musafir dan berdoa agar perjalanan dipermudahkan dan diberikan hidayah dan penghayatan yang lebih jitu dan tulus dalam mencari keredhaan Allah S.W.T. Amin.Amin.Amin.

Peringatan untuk diri sendiri dan kepada saudara saudari seislam semua.....

Moral :
1."Berjalan bermusafirlah, melihat ke Agungan Allah, Ziarahilah makam Kekasih Allah"..dah lupa pula liriknya...

2."Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China". - Mesti ada sebab kenapa pepatah ini tercipta.

Ta Alif Mim Mim Alif Ta

Tentang "Permulaan"

Pabila kita merasakan bahawa sesetengah perkara telah berakhir, tetapi sebenarnya ia adalah satu permulaan.

Matiiikkkk.

Satu permulaan......


tAmMaT

Wednesday 2 May 2012

Tentang "Cuti"

Perkataan yang paling saya suka. Ahad lepas sempat bercuti walau pun sehari di Gold Coast Sepang.
Kalau tak kerana "Free Stay", tiada kemampuan nak bercuti di situ. Bayangkan paling murah biliknya adalah RM500+, itupun kalau jadi ahli. RM26,000, kamu-kamu diluar sana ADA? Kalau ada dan duit memang berkepuk kepuk, silahlah mendaftar jadi ahlinya. Itu harga untuk seumur hidup, dan boleh bayar secara ansuran.

Walau macam mana pun, terima kasih GCS kerana memberi peluang kepada kami untuk merasa bercuti di sini. Memang 5 star!!!


Anak-anak gumbira, saya dan suami turut gumbira

La la LA la....

Alhamdulillah.



tammat

Tentang "Penat"

Saya sangat penat... seperti berlari bukan 100meter tetapi 200meter. Tak tahu apa yang menyebabkan saya rasa seperti ini walaupun tiada tenaga yang dikeluarkan.

Tetapi kerja yang banyak memerlukan untuk berfikir dan melibatkan emosi memang sangat memenatkan berbanding dengan kerahan fizikal.

TAMMAT

Friday 20 April 2012

Tentang "Syukur"

Alhamdulillah...

Selepas insiden gaji buta, hari-hari mendatang, masa bekerja dipenuhi dengan penuh kualiti.

Catitan disini sebagai muhasabah diri pada masa-masa yang menuju ke arah Gaji Buta.

Apakah??? ayat.

Semalam merasa menjadi seperti penceramah tak bertauliah di Shangri- La.

Alhamdulillah, berjalan lancar dan harapan semuga audien berpuas hati.

Jangan lupa nombor talian panas kami ya?

Kami di sini sedia membantu. Insya Allah.

Senyum pada yang membaca. Bukankah senyum adalah sedeqah yang paling mudah.

:-)


TAMMAT

Thursday 12 April 2012

Tentang "Gaji Buta"

Sesungguhnya hari ini saya mempraktikkan perkara di atas. Huwaaa.... sangat tidak produktif. Kenapalah ek, lepas cuti mesti mood nak kerja tu sangalah nan adooo.

Harapnya esok, berkatlah masa kerja....

tAmAt

Tentang "Tetamu"

Sejak Isnin, rumah didatangi tetamu dari sedara belah emak. Semuanya nak meraikan dan menghantar abah, mak, pak wo, Pali, Wak inem dan Wak Kimi pergi menjadi tetamu Allah (umrah). Agak mencabar kerana terus masuk Mekah dek kerana ketiadaan hotel di Madinah. Sekarang ni cuti sekolah negara Arab, tu yang penuh somo hotel2 di sana.

Pagi ini, tetamu terakhir pulang, huhu.. bukan sesiapa pun adik2 saya yang bujang itu. Penat tapi puas kerana dapat juga lah menjamu tetamu dengan makanan masakan sendiri. Terima kasih kepada tetamu tetamu semua kerana sudi bertandang ke rumah untuk bermalam.

tAmaT

Friday 6 April 2012

Tentang "Mesyuarat"

Mesyuarat yang terlalu lama memang meletihkan. 3 hari berturut turut mesyuarat di KL. Haih! Walaupun tiada peluh setitik pun keluar tetapi penatnya seperti berenang sejauh 600 meter. Ops sebut pasal berenang, saya dah pandai berenang gaya "breast stroke".

Saya tertanya tanya, mesyuarat selepas waktu pejabat, bolehkah dapat hasilnya?  Bagi yang dah berkeluarga terutamanya wanita seperti saya, memang tidak sepenuh hati ketika berada dalam mesyuarat tersebut. Hanya badan berada dalam bilik mesyuarat, tapi fikiran dah sampai ke rumah.

Pada pendapat saya, tempoh maksima untuk mesyuarat adalah 3 jam. Untuk merealisasikan bagi mencapai tempoh tersebut, pastikan agenda ada. Pabila tiada agenda tu yang dok melalut ke sana sini. Lagi satu, mesyuarat diadakan adalah untuk cari penyelesaian dan persefahaman semua yang terlibat, bukannya untuk menyalahkan orang lain.

Insya Allah, saya akan cuba pastikan agar setiap mesyuarat yang saya hadir ada hasilnya, tak banyak tetapi tetap ada hasil.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Semoga setiap apa yang dilakukan hanyalah untuk mencari redha Mu Ya Allah. Amin.


Kasihan pada anak-anak, hanya 2 hari seminggu mereka berada sepenuh masa dengan saya. Itupun, kebanyakkan masa, saya seperti Monster.. sedih.

tAmat




Wednesday 4 April 2012

Tentang "Menegur"

Saya paling tak suka buat perkara yang satu ini. Mungkin sebab kerana memikirkan apakah maklumbalas atau perasaan orang yang ditegur itu. Tetapi ini lah tanggungjawab seorang ketua. Nak tak nak kena lah buat juga walau pun tak suka, demi untuk kebaikkan anak buah kita juga.

Jadi, kita tegur secara halus dulu.. tak jalan, secara bertulis..tak jalan juga terpaksalah berkonfrontasi..arghh tak suka tak suka tak suka.....

Ya Allah permudahkan lah segalanya, Amin. Semuga tiada benci antara kami rakan sekerja.

TamAt


Tuesday 3 April 2012

Tentang "Nafsu"

91.5 fm, memang selalu dengar IKIM untuk santapan rohani dalam perjalanan pulang dari pejabat.

Antara yang sempat didengari, bagaimana kita nak kawal nafsu. Kata Ustaz (terlupa namanya), "Nafsu tidak boleh dimatikan kerana ia adalah sebahagian dari diri kita. Tetapi nafsu boleh dijinakkan".

Haa.. bagaimana nak jinakkan nafsu yang seperti kuda liar?

Pertama: Kena kurangkan makanan nya, seperti elakkan makan secara berlebihan. Jadi, lama2 tak dapat makanan, nafsu akan jadi penat.
Kedua : Beri bebanan pada nafsu, seperti baca Al-Qur'an, berzikir istighfar pada Allah. Lama-lama nafsu akan bertambah penat. Dah lah tak dapat makan, ditambah lagi bebanan padanya.
Ketiga : Eh ada ke? Ish.

Ma'af lah memori saya ni prestasinya agak tak berapa bagus sejak kebelakangan ini. Nak menulis,, siapa pula nak pegang stereng huhu...

Sambung lagi.. Sekiranya perkara-perkara diatas dapat dilakukan secara istiqomah, insya Allah nafsu akan menjadi baik, seperti mana kuda liar yang telah dijinakkan.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan pesan pada kesabaran.

TaMat

Monday 2 April 2012

Tentang "Kisah silam"

Malam tadi susah nak lelap, anak-anak semua dah selamat berlayar. Ambil handphone (HP) dan view gambar-gambar yang ada dalam HP. Ada satu video pada tahun 2007. Anak sulung (1thn 10 bln) dan new baby (1 bln). Dalam video si kakak menangis, mungkin kerana saya sibuk sedang merakam aksi si adik. Saya rasa sedih bila mengenangkan perasaan anak sulung saya ketika itu kerana saya langsung tidak memujuknya. Mesti dia rasa sedih kerana saya banyak menumpukan  masa terhadap adiknya.

Menyesal? Memang ada, tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Jadi saya berdoa pada Yang Maha Mengasihani dan Maha Adil, agar saya diberi perasaan kasih yang dapat dizahirkan serta adil dalam menyayangi anak-anak sa'at ini sehingga akhir hayat saya.

Tipikal ibu bapa, memang akan mengutamakan sikecil dari anak sebelumnya, padahal mereka juga memerlukan perhatian yang sama rata dari kita sebenarnya,

Ya Allah, zahirkan lah kasih sayangku terhadap anak-anak ku seadilnya seperti mana luasnya kasih sayang MU terhadap ku tanpa sempadan. Tak lupa juga kasih sayangku untuk "My other half".

Ibu sayang pada semua anak-anak. Ma'af kan Ibu, dek kelemahan Ibu dalam menzahirkan kasih sayang Ibu pada kamu semua; kakak, abang dan adik kembar.

 Amin.Amin.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

-TammaT

Friday 30 March 2012

Tentang "Tidur"

aHah..ni kira hobi saya. Boleh pula tidur sebagai hobi ye? Ya saya suka tidur kalau tak ada apa yang nak buat. Padahal berlambak kerja nak buat. Ops ini hanya terpakai ketika dirumah ya, bukan dipejabat.

Waktu tidur malam biasanya pukul 10 dah mula lelap dan bangun pukul 5.30/6.00 pagi. Kira cukup tidur lah. Tapi kenapalah mata ni rasa berat sangat, mengantuk sungguh. Jadi terpaksa buat post ni bagi mengelakkan mengantuk. Sambung lagi.. Hmm dalam masa tidur tu memang ada bangun-bangun. Anak-anak masih menyusu badan. Apa?? Anak-anak? Ya...saya ada anak kembar berumur 1 thn 9 bulan....

Tapi pelik, memang cerah sikit mata lepas buat post ni. Huh syaitan ni memang menyesatkan...

-TamaT-

Thursday 29 March 2012

Tentang "Hangat-hangat Tahi Ayam"

...sangatlah sinonim dengan diri saya..

achOooMmm.. terbiar blog ini dek kerana peribahasa di atas.

Sedang mengumpul semangat dan kekuatan... tapi ada ke buat? buat apa? ..kata mengumpul!

huh..mengumpul sangat lah eh..