Thursday, 5 January 2017

Tentang....persekolahan darjah 1.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga serta sahabat baginda.


Saya, semalam dan kelmarin bercuti untuk melihat si kembar Nur Aisyah dan Nur Asiyah ke sekolah KAFA sebelah pagi dan sekolah kebangsaan sebelah petang. Setakat 2 hari permerhatiaan, alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan nampaknya kembar dapat menjalani dengan baik cuma perlu adaptasi dengan 2 alam persekolahan. PENAT...memang penat. Semoga kembar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rutin yang baharu. Aamiin.

Rutin saya sendiri turut sedikit berubah kerana 4 orang telah bersekolah. Jadi waktu pagi adalah dikira waktu sesak dan semuanya kena pantas. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada saya dan keluarga saya agar dapat beribadat, mencari ilmu dan menjalani kehidupan dengan berkualiti.

Bercakap tentang ilmu, saya dapat banyak ilmu dari radio IKIM.fm sementara saya skodeng kembar balik KAFA dan menaiki van ke transit TASKA Mawar. Hanya dalam tempoh 10 minit, begitu byk informasi yang saya dapat catit. Masya Allah...benarlah andai dari 7 lautan sekalipun dijadikan tinta,  pun tidak akan cukup untul ditulis ilmu Allah ini.

Berikut antara catitan , saya kongsi di sini :

1.Ilmu itu cahaya. Dalam sains, cahaya itu antara sumber tenaga. Di mana dengan ilmu, kita akan rasa bertenaga. Oleh itu sentiasala cari ilmu.
2.Carilah ilmu yang menyinar dan bukannya menyilau. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuka mata kita untuk melihat keaiban sendiri dan bukannya keaiban orang lain. 
3.Jadilah kita seperti air yang mengalir dan bukannya air yang bertakung. Air yang mengalir airnya sentiasa bersih, menyihatkan manakala air yang bertakung airnya akan jadi kotor, berkeladak. Oleh itu, carilah ilmu supaya fikiran kita seperti air yang mengalir.

Ada banyak lagi tetapi tidak sempat untuk dikongsi kan di sini...

Sebelum itu, jemputlah ke blog jualan saya --http://eibu.blogspot.my/.


Sekian, ma'as salamah.



Tuesday, 27 December 2016

Tentang blog

La....hari ni boleh tersesat masuk ke blog lain disebabkan masukkan "creditials" yahoo.

Ish Ish...mmg tak teringat langsung blog ini. So yang mana satu nak jadi primary dan secondary blog....

Tetapi blog yang ini lagi cantik...so let's decide. This blog will be primary and the other blog eibu will be secondary focuses only on selling products..

Masih tidak percaya tentang kewujudan blog yang ini.

:D

Tuesday, 25 September 2012

Tentang 'Perubahan'


Salam Sejahtera...

Gambate..

Susahnya nak buat perubahan. Sentiasa berperang dengan makhluk dari api dan musuh dalam diri.

Kenapa sentiasa kita menafikan yang kita tidak tahu bagaimana cara untuk melakukan, padahal sebenarnya kita tahu caranya. Hmmm.

Kata-kata untuk dikongsi, dari IKIM petang semalam :

"Orang yang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan tetapi tidak berjaya, adalah lebih baik dari orang yang langsung tidak berusaha untuk berubah ke arah kebaikan".

tammaT

Tuesday, 18 September 2012

Tentang 'BLOG"

Kasihan blog ini. Terbiar sepi....

Hebat sungguh penangan MALAS...

tammat

Friday, 8 June 2012

Tentang "Moral 2:Bermusafir ke Bumi Chine"

Cara pemakanan mereka yang sihat. Banyak sayur, kurang berlemak. Minum hanya teh panas atau air kosong.

Saya tak jumpa orang yang obes disana melainkan dari pengunjung-pengunjung termasuk kumpulan kami ini.

Kena praktikkan cara diet pemakanan merekta...

chaiyOk chaiYok

tammat

Tentang "Buntu"

Saya buntu untuk mengolah ayat bagi minit mesyuarat dan maklumbalas Bilangan 5 PMD-Operasi.
Sukarnya...
Idea...mari ke mari kamu.

tamMAT


Monday, 4 June 2012

Tentang "Pulang dari bermusafir"

Beijing, China...(moral 1 : musafir)

Ada beberapa perkara yang terkesan dalam hati. Warga China yang telah berkahwin hanya dibenarkan mempunyai 2 orang anak. Sekiranya ada anak ke-3 dan seterusnya, denda akan dikenakan pada keluarga tersebut. Oleh demikian itu, mereka sangat menatang anak mereka bagai minyak yang penuh. Melayan setiap ragam anak mereka dengan penuh kesabaran.

Dari pemerhatian saya, mereka sangat alergi kepada tangisan anak-anak. Kadang-kadang saya terpaksa membiarkan anak saya menangis seketika (meragam) yang mana mereka merasa pelik dengan keaadaan ini.Bagi yang masih bujang (jurujual di kedai2), apabila anak saya menjerit, mereka menutup telinga mereka. Agaknya mereka ni tak pernah dengar anak yang sedang 'tantrum'. Mereka tertanya kenapa saya membiarkan anak saya menangis tanpa memujuknya. Bukan saya tak memujuknya, tetapi dek kerana anak saya masih menangis, jadi dibiarkan dulu untuk kumpul semula kesabaran yang semakin hilang. Kalau tak ada je peha gebu yang kena cubit..huhu..Biasalah anak sorang dua, boleh lah layan/manjakan berbanding kita yang anak ramai. Walau apa pun alasannya, saya akan cuba mengubah cara layanan kepada anak-anak saya. Tambahan pula, terdengar satu segmen dalam IKIM cara2 mendidik anak mengikut umur :

0-7 tahun : Kita mesti sentiasa bergurau dan bermain dengan anak-anak sehingga mereka merasakan kita benar2 sayang pada mereka.

7-14 tahun : Masa ini, adalah masa untuk mendisiplin kan anak-anak. Tetapi jangan sampai hukuman melebihi ganjaran. Pabila mereka buat salah, kita marah2 tetapi pabila mereka menurut peraturan yang ditetapkan, kita hanya mendiamkan diri. Tidak memuji dan memberi kata-kata sokongan supaya perkara baik ini diteruskan. Tak faham? buat-buatlah faham ya. :D

14-21 tahun : Masa ini kita perlu melayan anak-anak seperti kawan/teman. Bersedia mendengar masalah dan cuba menghormati pendirianya.

Dan saya, sangat susah untuk menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak. Saya rasa seperti ralat untuk memeluk dan mencium anak saya , si kakak (7 tahun) dan si abang (5 tahun). Tetapi tidak kepada anak kembar saya yang berumur 2 tahun. Kenapa eh?

"Ya Allah, Kau lembutkan lah hati ku ketika mendidik anak-anak ku dan Kau zahirkan lah kasih sayang ku terhadap anak-anak ku."

Dan Ya, saya merasa kagum kerana 'MIL' , masih memeluk dan mecium anak-anaknya termasuk suami saya lah.. Apatah lagi terhadap anak-anak saya, cucunya. Beliau sering bergurau, bergelak ketawa serta memeluk mereka yang mana saya sangat tidak reti untuk melakukannya.

Pergh panjang sudah coretan ni.. cukup sudah..

TammaT